Jelajah Mesir - Pakej All-Inclusive 9 Hari 8 Malam

Tarikh Pilihan Perjalanan
- 26 April – 4 Mei 2025
- 29 Mei – 6 Jun 2025
- 27 Jun – 5 Julai 2025
- 23 – 31 Ogos 2025
- 13 – 21 September 2025
- 18 – 26 Oktober 2025
- 1 – 9 November 2025
- 20 – 28 Disember 2025
Antara Tempat Menarik yang Bakal Anda Lawati:
1. Piramid Giza & Sphinx
Salah satu Tujuh Keajaiban Dunia yang masih kekal! Tengok depan mata kehebatan Firaun purba yang berjaya membina struktur sebesar ini lebih 4500 tahun lalu. Jangan lupa bergambar dengan Sphinx, patung batu berbentuk singa berkepala manusia yang melambangkan kebijaksanaan Firaun!
2. Sungai Nil
Sungai paling panjang di dunia ini adalah nadi kehidupan Mesir purba. Anda akan menikmati makan malam eksklusif di atas bot sambil menikmati pemandangan malam Kaherah yang memukau.
3. Citadel Saladin & Masjid Mohamed Ali
Kubu pertahanan yang dibina oleh Salahuddin Al-Ayubi pada abad ke-12 ini membawa anda menyelami sejarah Islam di Mesir. Di dalamnya, anda akan melawat Masjid Mohamed Ali yang dihiasi seni bina Uthmaniyah dan kubah besar yang sangat ikonik!
4. Muzium Mesir
Lebih 120,000 artifak purba, termasuk topeng emas Raja Tutankhamun yang terkenal. Ia umpama berjalan dalam buku sejarah hidup!
5. Oasis Fayoum
Pemandangan yang tak pernah anda bayangkan ada di Mesir — air terjun di tengah padang pasir, tasik purba Lake Qarun, dan sistem pengairan kincir air yang wujud sejak zaman Firaun. Fayoum adalah tempat yang tenang dan memukau!
6. Alexandria
Bandar pelabuhan bersejarah ini adalah tempat perpaduan tamadun purba. Anda akan melawat Qaitbay Citadel, yang dibina di tapak bekas Rumah Api Alexandria, salah satu keajaiban dunia purba, serta Montazah Gardens yang indah.
7. Khan el-Khalili Bazaar & Masjid Al-Azhar
Bersedia untuk membeli cenderamata, perhiasan, dan rempah ratus di pasar tradisional Khan el-Khalili. Anda juga akan melawat Masjid Al-Azhar, pusat ilmu Islam yang dihormati di seluruh dunia.








.jpg)